PETUA OPAH  

Posted by SFCoolice


ubat demam campak

anda buleh lah memberikan air kelapa muda untok menurunkan
panas badannya dengan cara ambil sebiji kelapa muda,
belah dan ambil air nya dan minumlah dalam anggaran setengah cawan
lakukan cara ini sehingga demam sembuh,
jika seseorang itu menghidap demam campak, campak nya akan keluar

jika terminum racun

jika ada rakan-rakan anda yang terminum racun,
anda buleh berikan dia meminum air kelapa muda seberapa banyak
cara ini akan menolong mangsa dari melarat sebelum pergi
mendapatkan rawatan selanjut nya
menghilangkan lemak

jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa
amat baik untok di jadikan minuman harian kerana ianya
dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan anda
melegakan pening kepala

jika anda mengalami pening kepala selepas melahirkan
anda buleh ambil sebiji jambu batu yang masih muda
tumbuk putik jambu batu itu hingga lumat
selepas itu sapukan pada dahi anda setiap hari
selepas anda mandi
pulihkan cirit-birit

anda buleh ambil sehelai daun jambu batu yang muda
cuci sebersihnya dan di makan begitu saja
atau di jadikan ulaman. lakukan sehinggi cirit-birit hilang

melegakan panas badan

jika anda beraa panas dalam cuaca yang panas
lebih-lebih lagi pada mereka yang mengalami masalah berat berlebihan.
anda buleh la meminum air buah belimbing tanpa gula.
minumlah dua kali sehari kerana selain melegakan panas badan
iannya juga dapat mencegah penyakit seperti sakit kulit dan rabun malam.

air garam ubat sakit tekak

jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa,
kerana cuaca terlalu panas, anda buleh la berkumur dengan air garam
sebanyak dua kali sehari
air nasi menambah berat badan

jika anda mengalami masalah menambah berat badan
anda buleh minum air nasi sebanyak dua kali sehari
untok menambahkan berat badan
daun sirih merawat hidung berdarah

jika anda mengalami pendarahan pada hidung
ambil lah sehelai daun sirih, lipat kan kecil-kecil
dan sumpatkan pada hidung yang berdarah itu,
banyakkan berehat dan berbaring dengan kepala di tinggi kan
selain dari itu letakkan tuala basah di dahi anda
getah pisang ubat luka

untok mendapat kan getah pisang adalah dengan cara memotong anak pisang,
ambil getahnya dan sapukan pada bahagian tubuh anda yang terluka itu,
darah yang keluar akan berhenti dan luka anda akan cepat kering
kulit pisang ubat kudis

jika kulit anda berkudis anda buleh mengubati
dengan mengambil kulit pisang kapas dan gosokkan pada kudis anda.
lakukan dua kali sehari sehingga sembuh
hilangkan mabuk darah

ramai di antara anda yang mungkin pitam bila melihat darah yang banyak
caranya anda hendaklah epat-cepat duduk jika terasa pening,
setelah itu bongkok kan kepala sehingga
kepala terletak antara kedua-dua lutut
lakukan dalam tempoh 10-15 minit sehingga pening hilang
jari anda kebas

jika anda mengalami kebas-kebas tangan jari tangan atau kaki
kerana terlalu sejuk, anda buleh lumurkan jari anda dengan
bedak talkum untok mengatasi masalah ini. lakukan sekali sehari
merahkan bibir anda

ambil sepotong halia yang telah di bersihkan
tumbok halia tersebut jangan sampai hancur dan sapukan pada bibir anda
biarkan sehingga kering, setelah itu baru lah di cuci.
lakukan dua kali sehari sehingga memperolehi hasil
merawat kaki bersisik

anda buleh sapukan kaki anda dengan krim atau sedikit minyak kelapa
yang belum di gunakan, sapulah pada betis anda yang bersisik itu setiap hari
tapak tangan kasar

ambil sebiji bawang merah, kupas kulit nya setelah itu
hancurkan bawang merah tersebut dan sapu pada tangan
yang kasar tadi
lebatkan bulu kening

ambil sebiji buah keras dan bakar sehingga hitam
setelah itu minyak nya di sapukan pada kening anda
lakukan dua kali sehari. anda akan dapati bulu kening anda
akan tumboh lebat

bibir anda pecah-pecah?

anda buleh mengubati nya dengan cara minum air kelapa muda
bercampur kuning telur dan sedikit madu lebah. lakukan
sekali sehari sehingga sembuh
menjaga kesegaran mata

ambil daun lobak merah, rendam dalam satu mangkuk air panas
dan biarkan beberapa minit, setelah itu minumlah air nya
tiga kali sehari sebelum makan.
daun limau purut cantik kan rambut

jika rambut anda kerinting halus, ramas lah dengan daun limau purut bersama dengan air
dan air itu di gunakan untok membasuh rambut anda.
lakukan sekali sehari sehingga ada hasil nya
urat kaki timbul?

- amalkan minum air panas putih setiap hari
- sapu minyak panas di kaki sebelum masuk tidur
- hindarkan dari memakai kasut bertumit tinggi (bagi perempuan)
- tinggikan kaki dari kepala ketika tidur malam
rawatan awet muda

- minum air masak 1 gelas ketika bangun pagi
- banyakkan makan ulaman dan buahan
- jangan tinggal solat
- ramah-tamah terhadap jiran dan masyarakat
- hindarkan perasaan dengki dan iri hati
- tersenyum setiap hari
- makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang

bawang kilat kan kuku

ambil seulas bawang puteh, buang kulit nya
dan pecahkan bawang tersebut. selepas itu sapukan pada kuku
lakukan seminggu tiga kali
sehingga kuku anda kelihatan bermaya kembali dan bersih
hilangkan karat gigi

ambil sebiji pinang tua , keringkan dan di kacip halus
setelah itu isi pinang tersebut di bakar hingga hangus
anda buleh gunakan isi pinang itu untok menggosok gigi yang berkarat
lakukan sekali sehari.
anda akan dapati gigi anda putih kembali
madu keringkan kulit muka

ambil satu sudu madu lebah,
parut sedikit kunyit basah yang telah di bersih,
kedua bahan tadi di campur
setelah itu sapu lah pada kulit muka anda yang berminyak,
biar kan kering
setelah itu baru lah di bilas dengan air bersih
khasiat daun teh

- rambut yang di cuci dengan daun teh akan menghasilkan rambut yang lembut dan berkilat
- air teh yang di sapu pada kelopak mata akan menghilangkan keletihan mata anda
susu gebukan kulit

untok mengubah kulit anda yang kotor dan hitam
menjadi putih dan gebu, anda buleh mengamalkan
mandian susu dua kali sebulan.
insya Allah kulit anda akan nampak bersih dan gebu

menghilang kan dengkur

adalah dengan cara menggunakan buah badam..
ambil 7 bijih buah badam, tumbok hingga lumat
dan campurkan dengan air susu yang suam,
kacau campuran ini sehingga sebati
dan minumlah sebelum tidur.
amalkan selalu insya Allah dengkurnya
akan beransur hilang


rawatan mata yang lebam

ambil sebiji timun, hiris nipis-nipis
setelah itu letakkan di bawah kelopak mata anda
lakukan setiap hari sehingga kesan lebam di mata anda hilang
masalah rambut beruban

ambil 10 helai daun buloh
siat-siat kan supaya halus
setelah itu sapukan pada rambut anda
anda akan dapati rambut anda lambat di tumbuhi uban
daun inai ubat kelumumur

untok mengatasi masalah ini
anda buleh ambil semangkuk daun inai
dan tumbuk daun inai tersebut hingga halus
setelah itu lumurkan pada kulit kepala anda
yang telah di basahi air terlebih dahulu,
setelah itu bungkus rambut anda
dengan plastik pembungkus rambut
dan biarkan selama setengah jam
seteleh itu barulah cucikan rambut anda
dengan air bersih dan keringkan.
Lakukan dua kali seminggu sehingga kelumumur sembuh


daun gelanggang ubat panau

anda perlukan dua helai daun gelanggang, bersihkan
setelah itu putar di tapak tangan hingga lumat
kemudian sapukan pada kulit yang terkena panau
sebanyak dua kali sehari
lakukan sehingga panau hilang


daun sirih ubat sakit gigi

dengan cara mengambil sedikit kapur sirih
dan kunyahkan pada gigi yang sakit hingga lumat
anda akan dapati gigi anda
akan berkurangan sakit nya


pisang ubat sembelit

dengan cara mengambil 2 bijik pisang
lemak manis yang cukup masak
buang kulitnya dan kisar bersama air
setelah itu minumlah air tersebut
lakukan 2 kali sehari sehingga sembelit hilang


nenas ubat kencing tak lawas

caranya ambil sebiji nenas yang kurang masak
buang kulitnya, bersihkan
dan ambil dua potong nenas tersebut
dan kisar bersama dua gelas air
setelah itu tapis dan minum dua kali sehari


air sirih ubat demam

anda bulehlah ambil tiga helai daun sirih
ramas bersama sedikit air
kemudian jaramkan kepada kepala anak anda
lakukan beberapa kali sehingga demam turun


daun pegaga ubat kencing manis

ambil secekak daun pegaga, bersihkan
setelah itu rebus bersama dua gelas air
sehingga tinggal segelas air
setelah mendidih sejukkan dan tapis
minum air ini sekali sehari selepas makan malam
amalkan cara ini sehingga sembuh


kuku anda bengkak?

dengan cara mengambil segengam daun inai
tumbuk halus kemudian balutkan
pada ibu jari kaki atau tangan anda yang bengkak
biarkan kering barulah anda buangkan inai tersebut
dan cucilah jari anda dengan air suam
setelah itu keringkan


infeksi paku berkarat

untok rawatan awal buleh gunakan cara ini
sediakan satu ulas bawang merah
dan 1/4 cawan minyak kelapa
bawang merah di kupas
dan di celupkan pada minyak kelapa
kemudian bakar bawang tersebut
pada api yang sederhana
letakkan bawang yang masih hangat itu
pada bekas yang terkena paku berkarat itu
lakukan cara ini berulang-ulang
pada bahagian luka
amalkan cara ini sehingga sembuh


rawatan untok lebam

sediakan dua ulas bawang merah
dua ulas bawang putih
tiga helai daun jambu
bahan-bahan tadi hendaklah di tumbok halus
setelah itu pupukkan pada bekas yang lebam
dan balutlah dengan kain yang bersih
biarkan kering
lakukan cara ini sehingga lebam hilang


betik muda rawat tumit pecah

caranya
ambil sebiji betik muda
hiriskan betik tersebut, ambil getahnya
dan sapukan pada tumit anda yang pecah
biarkan getah tersebut kering
pada tumit anda selama 10 minit
setelah itu cucilah kaki anda dengan air bersih
dan keringkan
lakukan rawatan ini seminggu dua kali


kuku yang cantik

kuku yang kusam dan berkarat
tentu akan merosakkan penampilan anda
untok mengatasi masalah ini
anda buleh gosok setiap hari kuku anda
dengan belimbing buluh
setelah itu cucilah tangan anda dengan air sabun
kemudian keringkan


menguatkan otot-otot

untok menguatkan otot-otot anda
anda buleh melakukan senaman
dengan berenang
cara ini anda lakukan dua kali seminggu
anda akan dapati otot-otot anda
akan jadi lebih kuat


cekor ubat parut

jika di badan anda ada kesan parut
anda buleh menghilangkan nya
dengan bedak sejuk yang telah di campur
dengan cekor yang telah di tumbuk halus
pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur
lakukan sehingga kesan parut hilang


menjaga kulit dari pendingin hawa

jika anda bekerja di tempat yang di pasang
dengan pendingin hawa,
kulit anda akan cepat kering,
oleh itu beberapa petua
harus anda ikuti untok menjaga kulit anda
agar jangan cepat berkedut di makan tua

1. sapukan krim pada muka dan seluruh badan anda
2. minum banyak air
3. pakai pakaian tertutup
4. dua jam sekali anda harus keluar
dari tempat yang di pasang dengan pendingin hawa

rawatan perut kendur

ambil sebiji limau nipis
perah air nya pada piring
setelah itu ambil sedikit kapur sirih
dan gaulkan dengan limau nipis tersebut
ketika hendak tidur
anda sapukan bahan tadi pada perut anda
lakukan setiap malam
hingga anda memperolehi hasil


beras merawat muka berminyak

rendam beras anggaran setengah gelas
sampurkan daun cermai dan ibu kunyit
bahan-bahan ini hendaklah di kisar halus
seteleh itu bersihkan wajah anda
dan sapukan bahan-bahan ini
ketika anda hendak tidur
rawatan harus diteruskan selama seminggu
jika anda nampak hasilnya
buleh gunakan hanya seminggu sekali


bunga raya lembutkan rambut

ambil 10 helai daun bunga raya bersihkan
setelah itu ramas dengan dua gelas air
sehingga keluar lendir
setelah itu sapukan pada rambut anda
sapu hingga ke akar rambut
biarkan selama 15 minit
anda akan terasa kulit kepala anda
sejuk dan nyaman
setelah itu barulah anda membilasnya
dengan air yang bersih
keringkan rambut anda dengan tuala
anda buleh lakukan kan seminggu 3 kali

segarkan wajah anda

masalah emosi dan persekitaran
yang tidak sihat menjadikan
suhu badan anda turun naik
kadang-kadang anda kelihatan letih lesu
masalah ini anda buleh atasi
dengan mengamalkan minum air kelapa muda
setengah gelas kacau dengan
sebiji telur ayam kampung
minumlah pada tengahari
insyaAllah badan anda akan segar kembali


turunkan berat badan

ambil sebiji buah delima muda
kukus kulitnya setelah itu
kisar bersama secubit garam
dan setengah gelas air
setelah itu tapis air tersebut
sejukkan dalam peti sejuk.
Minum air ini
selepas anda makan tengahari
amalkan seminggu sekali
IsyaAllah berat anda akan turun


kecutkan peranakan

bagi wanita yang mengalami masalah
peranakan kembang atau lepas kedatangan haid
bulehlah makan pucuk pegaga
dengan di buat ulam atau gulai
amalkan setiap hari
sehingga peranakan anda kecut


mencantikkan bulu roma

jika anda mengalami
masalah bulu roma yang halus
dan tidak cantik
terutama bagi kaum lelaki
anda buleh mengatasi masalah ini
dengan menyapu bawang merah pada betis anda
caranya : tumbok dua ulas bawang merah
sehingga lumat setelah itu
lumurkan pada kaki anda
biarkan bawang merah itu kering di kaki
barulah cuci
lakukan 3 kali sehari


kelapa tua pelembab muka

bersihkan muka anda dengan air suam
seteleh itu barulah cuci dengan air kelapa
biarkan air kelapa itu kering di muka
selama setengah jam
selepas itu barulah di bilas dengan air bersih
lakukan cara ini 3 kali seminggu
sehingga muka anda yang kelihatan kering
akan kelihatan lembab dan lebih berseri


lempuyung penyeri muka

ambil sepotong lempuyung
sebesar ibu jari tangan
bahan-bahan ini di bersihkan
setelah itu tumbok halus
campurkan dengan sedikit air
campur juga dengan madu lebah
dan kuning telur ayam kampung
minumlah ramuan tersebut
lakukan seminggu sekali
anda akan terasa perubahan pada diri anda


merawat ketiak hitam dan berbau

anda buleh menyapukan
kapur sirih dan limau nipis
apabila anda selesai mandi
amalkan cara ini selama seminggu
anda akan dapati ketiak anda cerah
dan tanpa bau


bunga tebu cegah uban

anda buleh gunakan bunga tebu hitam
yang di masak dengan minyak kelapa
untok minyak rambut anda
petua ini mengekalkan rambut anda yang hitam
walaupon usia anda telah tua


bonglai kuruskan badan

ambil segengam asam jawa yang di perah pekat
sedikit akar kunyit dan akar longlai
rebuslah bahan-bahan tersebut
dengan sukatan dua gelas air, biarkan mendidih
setelah sejuk
minumlah pada sebelah pagi
lakukan amalan ini sekali sehari


tomato pencuci muka

ambil sebiji tomato yang telah masak
bersihkan setelah di belah dua
sapukan tomato yang satu bahagian itu
ke kulit muka anda
biarkan kering selama beberapa minit
setelah itu cuci dengan air bersih
dan keringkan dengan tuala
tomato yang sebahagian lagi anda makan
atau di buat jus untok minum
amalkan petua ini selama seminggu
atau setelah kelihatan hasilnya


pinang rawat tompok hitam di muka

jika muka anda di tumbuhi tompak hitam
yang sukar di ubati anda buleh gunakan
buah pinang masak untok mengubatinya
caranya : ambil sebiji pinang masak
kupas kulitnya setelah itu
di kacip dan sapukan pada tompok hitam
di muka anda
lakukan dua kali sehari sehingga sembuh


lagi petua lebatkan bulu kening

1. sapukan lemak ayam pada bulu kening anda
dua kali sehari
2. bakar kelapa dan ambil minyaknya
setelah itu sapukan pada bulu kening anda

This entry was posted on Sunday, September 27, 2009 at 3:53 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment