Sifat pemarah adalah merupakan satu sifat yang sangat dikeji oleh Islam. Ianya berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor, seperti iri hati, dendam dan merasa senang orang yang dimarahi itu tertunduk dan menerima aibnya. Marah juga timbul kerana takabur, sombong dan tidak boleh menerima kenyataan. Secara halusnya bolehlah dikatakan pemarah adalah salah satu sifat yang dinyalakan bahangnya oleh iblis laknatullah. Selalunya orang yang dimarahi itu akan menerima keaiban dan ada kalanya tidak diberi ruang untuk menyatakan kebenaran dan hakikat yang sebenarnya.
Oleh itulah, menahan perasaan marah adalah satu perkara yang amat disanjung oleh Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya,
“ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dariMu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang – orang yang bertakwa. Iaitu orang – orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang – orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah amat menyukai orang – orang yang berbuat kebaikan ”.
Ali Imran ayat 133-134
Jelasnya, ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa di antara manusia yang bakal menghuni syurga ialah mereka yang dapat mengawal dan menahan kemarahan. Sebab itulah, para ulama telah menyatakan bahawa mahkota seorang lelaki terletak kepada sifat sabar. Maknanya kalau seseorang lelaki itu hilang sifat sabar, lalu melenting dan menghina seorang lain, hilanglah maruahnya sebagai seorang lalaki.
Sifat pemarah juga boleh memperbanyakkan permusuhan dan menghalang keruntuhan serta perpaduan masyarakat. Oleh sebab yang demikian, apabila timbul perasaan marah, segeralah berwuduk dan bersembahyang sunat 2 rakat, mohon pertunjuk dan pimpinan Allah agar diredakan maarah tersebut. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya,
“ Barangsiapa yang dapat menahan marah ketika ia boleh meneruskannya, nescaya ditetapkan oleh Allah hatinya pada hari kiamat dengan sentosa dan aman serta penuh keimanan ”.
Seorang apabila dilanda perasaan marah, boleh juga membaca istighfar dan taawuz (Auuzubillahi Minashsyaitannir Rajim). Kita juga hendaklah berfikir sedalam-dalamnya, apakah dengan kita meluahkan persaan marah itu boleh mendatangkan keuntungan akan sebaliknya. Walau bagaimanapun marah dibolehkan dalam keadaan-keadaan tertentu. Itupun dengan tujuan dan niat yang betul dan dilakukan dengan ikhlas. Ini termasuklah jika nak memperbetulkan keadaan, menegah kemaksiatan dan seumpamanya. Ianya hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah dan betul.
Semoga catatan rengkas ini menyedarkan kita bahawa pemarah itu adalah sifat syaitan. Sedangkan syaitan dijadikan dari api. Maka api boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu pemarah itu boleh dihapuskan dengan berwuduk. Ya Tuhan, jadikan kami dari golongan orang-orang tawadduk dan syukur. Amin………
This entry was posted
on Monday, September 28, 2009
at 8:05 PM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Contributors
- SFCoolice
- Bandar DiRaja, Malaysia
- " Setiap kejadian yang di cipta-Nya, tidak ada satu pun yang sia-sia... Dan ketahuilah, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..." "Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Tidak pernah mungkiri janji.."
Hidangan Mahligai Usang
Menyingkap Rahsia diri,
Kata-Kata Hikmat,
Renungan Bersama,
Perbincangan,
Menyentuh isu-isu dan budaya semasa
"Bersama Mencari Erti Hakiki.."
Kata-Kata Hikmat,
Renungan Bersama,
Perbincangan,
Menyentuh isu-isu dan budaya semasa
"Bersama Mencari Erti Hakiki.."
Mahligai Usang Archive
-
▼
2009
(26)
-
▼
September
(17)
- ANJING-ANJING NERAKA
- AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
- ANTARA SABAR DAN MENGELUH
- PERHITUNGAN TAHUN KELUARNYA IMAM MAHDI ALAIHIS SALAM
- 30 Larangan Terhadap Wanita
- Kenali Pasangan Ideal Anda....
- KETAHUI PERJALANAN HUBUNGAN ANDA!!!
- FITNAH
- PEMARAH….SIFAT TERCELA
- Perbezaan Alam Bujang dan Alam Rumahtangga
- PETUA OPAH
- PENAMPILAN WANITA MUSLIM
- MENGENALI KASIH SAYANG ANDA
- DAJJAL SUDAH MUNCUL
- TANYA SANG ANAK
- KATA SELEMBAR KERTAS SEPUTIH SALJU
- 10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.
-
▼
September
(17)