PERHITUNGAN TAHUN KELUARNYA IMAM MAHDI ALAIHIS SALAM  

Posted by SFCoolice


SEKILAS TENTANG IMAM MAHDI

Kepercayaan terhadap kedatangan Imam Mahdi termasuk salah satu syariat dalam ajaran Islam ahlussunnah wal jamaah. Nama beliau tidak termaktub dengan terang dalam Bukhari dan Muslim melainkan hanya istilah Khalifah akhir zaman. Namun nama Imam Mahdi banyak disebut dalam kitab lain seperti As-Sunnan dan Al-Musnad oleh ahli-ahli hadis: Tirmizi, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan lainnya. Bahkan derajat hadis yang menyatakan tentang Imam Mahdi mencapai tingkat mutawwatir dan shahih.

Adapun Imam Mahdi adalah pemimpin pertama sebelum manusia yang sebenarnya paling kita tunggu iaitu Nabi Isa ‘alaihissalam. Tentang kedatangan kembali Nabi Isa ini dengan terang disebut dalam banyak hadis Bukhari dan Muslim. Sehingga mahsyur lah keyakinan akan datangnya Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Tentang kehadiran Imam Mahdi dan Nabi Isa, masih masyarakat banyak yang tidak mempercayainya. Mereka menganggapnya dusta, tahayul dan khurafat. Kepada masyarakat yang beranggapan begitu maka pantaslah kita sebut sebagai manusia bodoh, karena menolak hadis-hadis Rasulullah.

Apa pentingnya Imam Mahdi dan Nabi Isa pada zaman kita?

Mereka berdua sangat penting dalam Islam, mereka akan menentukan hukum Islam yang sebenar-benarnya sesuai syariat ALLAH yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Sehingga tidak ada lagi perselisihan dalam agama. Tidak ada lagi perbezaan Mazhab, semua akan melebur menjadi satu iaitu ahlussunnah sejati.

Imam Mahdi dan Nabi Isa adalah para pemimpin yang akan memutuskan siapakah di antara kita yang paling benar, apakah Salafyin, apakah Ikhwanul Muslimin & Hizbut Tahrir, apakah imam Syafi’i, Hanbali, Maliki atau Hanafi, ataukah aliran Thariqat dan lainnya. Kemudian Imam Mahdi dan Nabi Isa akan menuntun kita kepada kebenaran Islam yang mana tidak akan ada lagi perselisihan.

Dan di tangan Imam Mahdi dan Nabi Isa lah kemenangan Islam secara global ke seluruh dunia, menghancurkan sistem liberal dominasi Amerika Serikat dan Israel beserta sekutunya. Demi ALLAH, Islam pastilah tidak akan dipecundangi oleh orang-orang kafir. Setelah gelap pasti terbitlah terang.

3 Kaedah Perhitungan:

1. PERHITUNGAN PENGGABUNGAN


Metode penggabungan ini dipegangi oleh beberapa ulama dengan memilih dasar perhitungan dari Ibnu Hajar dan Imam Suyuthi yang hanya ralat 1 tahun, sehingga mereka beranggapan bahwa umur Islam berada antara 1400 hingga 1500 tahun (atau 1476H ~ 1477H), termasuk didalamnya adalah masa Khalifah Imam Mahdi dan masa Khalifah Nabi Isa.

Menurut hadis Abu Dawud, Khalifah Imam Mahdi akan memimpin dunia selama 7 tahun. Sedangkan menurut hadis Thabrani, Al Bazaar dan Abu Nua’im, Imam Mahdi akan bersama umat muslim selama 7, 8 atau 9 tahun. Jadi, kita ambil yang paling memiliki kesamaan iaitu 7 tahun.

Dan masa Khalifah Nabi Isa adalah 40 tahun menurut hadis Abu Dawud.

Sehingga kemungkinan tahun keluarnya Imam Mahdi adalah:
1477 – 7 – 40 = 1430 Hijriah

Beerti, insya-ALLAH Imam Mahdi akan hadir untuk memenangkan Islam atas dunia iaitu tahun 2009 Masehi, tahun ini??? Wallahuallam..


2. PERHITUNGAN HAJI AKBAR


Banyak pendapat tentang datangnya Imam Mahdi adalah pada saat pelaksanaan haji Akbar. Antara lain dari Syaikh Al Barjanzi dan pemimpin thariqat Naqshbandyiah iaitu Mawlana Syaikh Nazim Adil al-Haqqani (beliau masih hidup) dan beberapa ulama lain yang tidak terkenal.

haji Akbar adalah musim haji dimana rukun wajib haji iaitu Wuquf di Arafah bertepatan dengan hari Jumaat. Sebagaimana kita ketahui, sangat banyak keutamaan dari hari Jumaat. Ia adalah hari dimana bumi diciptakan, Nabi Adam diciptakan, hari raya umat Muslim dan hari berdirinya kiamat dan hari berbangkit.

Perhitungan haji Akbar dimana wuquf tepat berada pada hari Jumaat 9 Dzulhijah adalah:
Hari Jumaat, tanggal 27 November 2009 Masehi, iaitu tahun ini ????

iaitu bertepatan dengan hari Jumaat, tanggal 9 Dzulhijah 1430 Hijriah.


3. PERHITUNGAN MASA EMAS (KEJAYAAN) BANI ISRAIL


Pendapat ini adalah milik kaum Yahudi, Nasrani. Kita hanya mengambilnya sebagai iktibar dan perbandingan saja.

Mereka berpendapat bahwa masa datangnya Anti-Christ (manusia yang akan membinasakan orang-orang Kristian) adalah 1 hari setelah masa kemenangan Kaum Jehova (Yahudi). 1 hari itu sendiri adalah 40 tahun menurut Kitab mereka.

Apabila kemenangan Yahudi itu dianggap terhitung mulai mereka menyerang ibukota Palestina dan mengusir mereka, kemudian berkuasa atas tanah suci Yerussalem 3 agama langit (Yahudi-Nasrani-Islam) adalah pada tahun 1967.

Maka saat-saat kedatangan Anti-Christ itu adalah:

1967 + 40 = 2007 Masehi

Jadi pada tahun 2007 diperkirakan dunia telah memasuki episod baru peperangan tiga agama langit.

Prediksi ini satu atau dua tahun lebih cepat, jika rencana mereka untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan membangun Solomon Temple diatasnya terlaksana pada tahun 2008 atau 2009 Masehi.

Wallahu A’lam
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

This entry was posted on Tuesday, September 29, 2009 at 5:42 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment