Personaliti melalui haribulan kelahiran anda  

Posted by SFCoolice

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terusterang,
cemburu dalam asas pertandingan, baik hati,
peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam
apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah
pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda
juga menyimpan dendam dengan orang yang
bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun
terdapat juga orang yang kecil hati dengan
pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua
orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua
orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap
diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke
atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang
yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai
bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap
anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar
jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua
kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang
yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan
ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan
diri sendiri, kuat agama dan suka untuk
mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga dan anda dapat
mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana
saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda
inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu
berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang
yang menghormati orang yang lebih tua daripada
anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan
sama ada percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap
seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta
di mana ada anda akan membawa harapan,
kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan
ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada
anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda
berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan
membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang
menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda
kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda
kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan
wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi.
Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar
dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh
menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.
Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda
adalah seorang yang humor di kalangan kawankawan
dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila
mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri
seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan
ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak
pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin
berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang
yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda
yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil
berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang
murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai
penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja.
Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira
dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda
mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun
demikian, anda banyak melakukan pengorbanan
untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat
yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang
mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia
ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang
amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak
ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda
hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua
masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan
tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan
masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan
kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam
hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini
telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang
yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi
fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian
yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang
yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa
jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin meningkat anda
adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan
anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

This entry was posted on Tuesday, February 9, 2010 at 6:06 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment