CINTA AGUNG  

Posted by SFCoolice


Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis ?,
ketika kita membayangkan ?.
Itu kerana hal terindah di dunia ini
TIDAK TERLIHAT...

Ketika kita ditemukan seseorang dengan keunikannya yang SEIRING dengan kita
Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA.

Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan... Tapi ingatlah...
Melepaskan BUKAN akhir dari dunia,
melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari...dan mereka yang telah mencuba.
Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyinari kehidupan mereka...

CINTA yang AGUNG ?,
adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikan kamu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sedari berkata
“AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUKMU”

Apabila cinta tidak berhasil…
BEBASKAN dirimu...
biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam kebebasan
INGATLAH...
bahawa kamu mungkin ditemukan cinta dan kehilangannya TAPI ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya...

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kamu buat.
TEMAN SEJATI..
mengerti ketika kamu berkata
“AKU LUPA” menunggu selamanya ketika kamu berkata 'tunggu sebentar'
Tetap tinggal ketika kamu berkata
“TINGGALKAN AKU SENDIRI”
Membuka pintu meskipun kamu
BELUM mengetuk dan berkata
'bolehkah saya masuk ?'.

MENCINTAI...
BUKANlah bagaimana kamu melupakan,
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN.. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI.. BUKANlah apa yang kamu lihat,
melainkan apa yang kamu RASAKAN..
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN..
Lebih berbahaya menitiskan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus,sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang..

Dalam urusan cinta, kita TIDAK SELALU menang..

Tapi ketika CINTA itu TULUS,
meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang, LEBIH dari kamu
mencintai dirimu sendiri..

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang,
BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia,
jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai. MELAINKAN..
BERJUANGLAH demi cintamu.
Itulah CINTA SEJATI.

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan, DARIPADA berjalan bersama orang 'yang tersedia'. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti
hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari...


________________

Berhambakan tangan, bersaksikan mata dan berhakimkan hati...

.:: Indahnya Wanita ::.  

Posted by SFCoolice

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

Lahiriah Manusia  

Posted by SFCoolice

Kegagahan Lelaki

Kegagahan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada kecekalan hatinya.Lelaki yang gagah ialah;
1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2. Lelaki yang menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kegagahan lelaki yang berdiri di atas kemulian hati.Seluruh
kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhammad adalah
kesempurnaan yang ada pada seorang lelaki.

Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot
badan,tetapi pada kekuatan perasaan.Wanita yang gagah
ialah;
1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Wanita yang tidak takut kepada kemiskinan
3. Wanita yang tabah menaggung kerinduan setelah di
tinggalkan
4. Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan.

Kegagahan wanita berdiri diatas teguh iman.Seluruh
kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan
sempurna bagi seorang wanita.

Personaliti melalui haribulan kelahiran anda  

Posted by SFCoolice

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terusterang,
cemburu dalam asas pertandingan, baik hati,
peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam
apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah
pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda
juga menyimpan dendam dengan orang yang
bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun
terdapat juga orang yang kecil hati dengan
pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua
orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua
orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap
diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke
atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang
yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai
bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap
anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar
jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua
kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang
yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan
ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan
diri sendiri, kuat agama dan suka untuk
mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga dan anda dapat
mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana
saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda
inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu
berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang
yang menghormati orang yang lebih tua daripada
anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan
sama ada percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap
seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta
di mana ada anda akan membawa harapan,
kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan
ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada
anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda
berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan
membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang
menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda
kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda
kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan
wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi.
Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar
dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh
menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.
Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda
adalah seorang yang humor di kalangan kawankawan
dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila
mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri
seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan
ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak
pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin
berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang
yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda
yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil
berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang
murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai
penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja.
Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira
dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda
mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun
demikian, anda banyak melakukan pengorbanan
untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat
yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang
mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia
ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang
amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak
ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda
hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua
masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan
tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan
masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan
kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam
hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini
telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang
yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi
fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian
yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang
yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa
jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin meningkat anda
adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan
anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.